Bimbingan komuniti untuk menduduki temuduga Pengambilan Jawatan Bomba Gred KB19

13 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Oktober 2021 lepas, telah berlangsungnya sesi bimbingan peserta untuk untuk menduduki temuduga Pengambilan Jawatan Bomba Gred KB19 pada 13 Oktober 2021 di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Sibu. Staf PIK telah membimbing dalam penyediaan dokumen untuk dibawa semasa temuduga nanti. Peserta ini adalah terdiri daripada 1 orang belia dari Kampung Belawai. Jawatan kosong ini telah dipohon dalam portal SPA9 dan telah melalui peringkat ujian sehingga ke peringkat temuduga.

Kelas berlangsung sekitar jam 3.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali